top of page

Sedikit sebanyak Ulisses Morais.

  • Jun 21, 2017
  • 5 min read

Selamat datang Ulisses Morais ke Johor Darul Ta'zim.

Ulisses Morais atau nama penuh beliau Ulisses Manuel Nogueira Morais baru sahaja dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim bagi menggantikan pengendali terkini Benjamin Mora. Beliau yang dilahirkan disebuah kampong di Almoster, Santarém Portugal pada 22 November 1959 kini berusia 59 tahun. Perwatakan nampak garang...kalau maki hamun ni mahu terkencing Amirul Hadi. huhuhuhu.

Okeh..Seperti ramai jurulatih dan pengurus bolasepak, karier Ulisses Morais sebagai pemain bola tidak lah begitu menarik dan mengangumka. Direkodkan beliau mempunyai pengalaman bermain bola sepak diperingkat senior selama 18 tahun dan bermain secara professional selama 8 tahun. Beliau memulakan karier dalam bola sepak dengan bergabung bersama pasukan remaja Benfica (Sport Lisboa e Benfica) ketika berumur 17 tahun. Dan pada tahun berikutnya iaitu 1978 beliau memulakan telah karier sebagai pemain senior bersama dengan sebuah kelab selatan Portugis, União Montemor(Grupo União Sport). Selainnya beliau telah mewakili Kelab-kelab sekitar Portugal seperti Covilhã, Bragança, Guarda, União Tomar, Benfica Castelo Branco, Ermesinde, O Elvas, Varzim, Peniche, Mirense, Leiria Marrazes dan mengakhiri karier sebagai pemain di Leiria Marrazes pada tahun 1995.

Seusai bersar, beliau mengambil langkah berani dengan menjadi pengendali pasukan Divisyen 2 Portugal ketika itu iaitu Associação Naval 1º de Maio (Naval). Selama 2 tahun mengendalikan pasukan Naval, tanpa sebarang kejayaan dan kegagalan yang telah direkodkan beliau beralih pula ke daerah Porto untuk cuba melatih kelab kecil Os Dragões Sandinenses yang bertarung diNational Series B Portugal. Musim pertama Ulisses Morais selaku pengendali Dragões Sandinenses beliau telah berjaya melayakkan Dragoes Sandinenses sehingga ke peringkat suku akhir Piala Portugis untuk bertemu dengan Benfica namun pasukannya tewas 1-5 di Lisbon.

3 tahun mengendali Dragoes Sandinenses dengan penuh ska dan duka pada tahun 2000 Ulisses Morais meninggalkan kelab tersebut untuk mencuba nasib di kepulauan Madeira dimana tempat kelahiran Cristiano Ronaldo. Di A.D. Machico ternyata bermain volleyball setiap hujung minggu lebih berjaya berbanding pencapaian bola sepak disini. Setakat ini belum ada sebarang rekod atau cerita yang mengatakan bahawa beliaulah adalah manusia yang bertanggungjawab mengesan bakat Ronaldo (hahaha). Kerana yang pasti Ronaldo memulakan carier kanak-kanak beliau di Akedemi CF Andorinha yang juga berpengkalan di Pulau Madeira.

Tahun berikutnya Ulisses Morais mengangkat kaki ke Cascais, Lisbon untuk mengambil alih pengurusan pasukan GD Estoril. Kedatangan Ulisses ternyata membawa tuah apabila membawa GD Estoril berjaya membawa pasukan tersebut menjuarai Division lll(dinaikkan ke Portuguese 2nd Division) dan tahun berikutnya berjaya sekali lagi mengesahkan kejuaraan Portuguese 2nd Division sekaligus melayakkan GD Estoril untuk ke Premiera Liga untuk musim 2004/2005, kali terakhir GD Estoril bermain dalam liga utama adalah pada tahun 1993. Dan untuk musim 2003/2004 itu juga Ulisses berjaya memawa GD Estoril layak hingga ke peringkat suku akhir Piala Portugis dan Cuma tewas pada penentuan sepakan penalti setelah terikat 2-2 bersama Belenenses.

3 tahun gemilang bersama GD Estoril pun berlalu dan beliau pun mengundurkan diri pada musim 2004/05 dan Gil Vicente FC menjadi destinasi Ulisses yang seterusnya. Tahun pertama Ulisses nampaknya cuma mampu menamatkan saingan Liga Primiera ditangga ke13 berjaya menjarakkan diri dari tersingkir ke Portuguese 2nd Division dan setakat membwa Gil Vicente mara ke pusingan keempat Piala Portugis. Tahun berikutnya (musim 2005/06) walaupun membawa Gil Vicente menamatkan saingan liga ditangga ke12 dan jauh dari zon penyingkiran, namun kelab berkenaan telah disingkirkan oleh Badan Persatuan Sukan Portugis kerana didapati melanggar syarat dan peraturan badan persatuan terbabit dengan menyenaraikan penyerang Angola (Mateus Galiano da Costa), Mateus tidak layak beraksi kerana, kononnya perjanjian kontrak yang dimeterai bersama bekas kelab Mateus (FC Lixa) dikatakan tidak memenuhi syarat dan peraturan Badan Persatuan Sukan Portugis. Oleh disebabkan itu mahkamah memutuskan Gil Vicente disingkirkan ke Portuguase 2nd Division dan tidak dibenarkan untuk menyertai Piala Portugis sepanjang tempoh pergantungan selama semusim. Ulisses yang terpalit dengan isu berkenaan tidak menyambung khidmat selaku pengendali Gil Vicente FC.

Episod di Gil Vicante langsung tidak mencemarkan imej Ulisses dengan beliau menerima pula tawaran untuk mengendali Club Sport Marítimo pada pertengahan musim 2005/06 sehingga ke musim 2006-2007. Club Sport Marítimo adalah salah satu kelab besar di kepulauan Medeira dan juga seteru utama C.D Nacional dalam merebut bakat-bakat muda di kepulauan tersebut. Musim pertama Maritimo dibawah bimbingan Ulisses sekadar menamatkan saingan Liga Primiera ditangga ke10 dan berjaya layak ke sehingga ke peringkat suku akhir Piala Portugis, mereka cuma dikecewakan oleh FC Porto dengan keputusan jaringan 0-1. Dimusim kedua Maritimo bersama Ulisses juga tidak banyak beza dari tahun sebelumnya dengan menamatkan kedudukan ditangga ke11 liga dan cuma berjaya layak dipusingan keempat Piala Portugis. Namun mereka berjaya menjuarai Piala kebanggaan Kepulauan Madeira (AF Madeira Cup).

2007/08 Ulisses kembali semula ke Centro Region Portugal(tengah Portugal) untuk kembali menerima tanggungjawab membimbing pasukan bimbingannya yang pertama iaitu Naval. Musim pertama beliau bersama Naval berakhir dengan Naval sekadar menduduki tangga ke11 Liga Primiera selain dari peringkat ke2 Piala Liga dan suku akhir Piala Portugis.

Ternyata Ulisses dan suku akhir Piala Portugis memang tidak dapat dipisahkan lagi. Musim seterusnya 2008/09 pula Naval menamatkan kedudukan liga ditangga ke13 dan sekali lagi suku akhir Piala Portugis. Oleh kerana sudah acap kali Ulisses membimbing mana-mana pasukan pasti kerapa ke suku akhir maka peringkat suku akhir ditukar kepada peringkat Ulisses akhir. Musim berikutnya pada september 2009 diawal musim 2009/2010, setelah mengharungi beberapa perlawanan Ulisses telah dipecat oleh Presiden Naval kerana gagal membawa kemenangan dalam beberapa siri perlawanan Naval diawal musim. Di musim tersebut selepas pemecatan Ulisses, Naval telah menamatkan saingan dikedudukan kelapan liga dan layak ke peringkat separuh akhir Piala Portugis. Hrmmm..

Namun keputusan tersebut juga tidak langsung merosakkan dan mempengaruhi imej dan mentaliti Ulisses dan kali nih sebuah kelab yang berpengkalan di daerah Porto mengambil Ulisses sebagai pengganti kepada jurulatih mereka sebelum ini. Semusim di F.C Paços Ferreira, Ulisses membawa pasukan tersebut menduduki tangga ke10 Liga Primiera, sekali lagi suku akhir Piala Portugis, pusingan pertama Piala Carlsberg, naib juara Piala Super dimana F.C Paços Ferreira tewas 0-1 kepada F.C Porto dan pusingan ke3 kelayakan Piala UEFA.

Musim berikutnya dengan azam dan semangat yang baru untuk musim 2011/12 Ulisses menerima tawaran dari S.C Beira Mar. Sebuah kelab yang pernah disertai oleh bintang muda bola sepak Malaysia Nazmi Faiz seketika dahulu, namun dek kerana rindukan nasi lemak aweknya Nazmi Faiz terpaksa pulang semula ke Malaysia selepas beberapa bulan menabur tahi ehhh.. bakti disana. Dan Ulisses Morais juga adalah ketua jurulatih pasukan ketika itu. Pernah menurunkan Nazmi Faiz sebagai kesebelasan utama menentang Real Valladolid.

Musim pertama di Beira Mar tidaklah secanggih mana. Beira Mar sekadar menamatkan saingan Liga Primiera ditangga ke12 dan sekadar layak ke pusingan ketiga Piala Portugis. Musim 2012/13 pula Ulisses gagal mengekalkan Beira Mar di Primiera Liga dengan menduduki tangga tercorot liga sekaligus tersingkir dari Liga Primiera dan sekali lagi lmembawa pasukan kendaliannya layak sehingga suku akhir Piala Portugis.

Kerana kegagalan di Beira Mar sehingga membawa kelab tersebut menghuni tangga tercorot Liga musim 2012/13 Ulisses meninggalkan Beira Mar dan berehat selama 2 musim dari mengendali sebarang pasukan dalam Portugal mahupun luar Portugal.

Musim 2015/16 Ulisses kembali dengan semangat dan tenaga yan baru. Beliau mencuba nasib dengan sebuah kelab yang bermain di Segunda Liga iaitu C.D Das Aves. Membawa kelab tersebut sekadar menghuni tangga kelapan Segunda Liga dan mara ke hingga ke suku akhir Piala Portugis sekali lagi.

Dan untuk musim 2016/17 Ulisses bertindak sebagai pengendali pasukan F.C Famalicão yang juga bermain di Segunda Liga. Namun jodoh Ulisses dan Famalicão tidak bertahan lama apabila pada oktober 2016 Ulisses mengumumkan untuk meletak jawatan selaku Ketua Jurulatih. Famalicão akhirnya cuma menghuni tangga ke15 liga, selain sekadar layak ke pusingan ke3 Piala Portugis dan tewas pada pusingan pertama Piala Liga.

Sekadar itulah perjalanan beliau ditempat kelahirannya setakat ini.

Sepanjang rekod beliau menjadi pemain dan pengendali Kelab Cuma 2 Piala utama sahaja yang direkodkan pernah digapai oleh pengendali warga Portugal ini dan 1 piala dari Kepulauan Medeira. Rekod beliau paling banyak dan tak dapat diatasi oleh mana-mana pengendali yang lain kerana seringkali membawa pasukan atau kelab yang dikendalikan layak sehingga ke peringkat suku akhir Piala Portugis.

Beliau tidak pernah bermain dan mengendali pasukan dari luar Portugal. Maka Johor Darul Ta’zim adalah Kelab luar Portugal pertama yang akan beliau kendalikan sebagai Ketua Jurulatih. Dengan pengalaman beliau yang pernah melatih 11 pasukan profesional diharap Ullisses dapat menerapkan budaya dan falsafah kelab profesional Portugal ke akar umbi bola sepak Johor hatta ke seluruh Malaysia sekalipun.

Oleh : Abang E.


 
 
 

Comments


FOLLOW US

  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow

I’M ALWAYS HAPPY

TO GET TO KNOW MY READERS AND SHARE INSIGHTS AND IDEAS. 

 

DROP ME A LINE 

Success! Message received.

Muar Football

A BLOG BY ABANG E
 

DITUBUHKAN SECARA TIDAK RASMI PADA TAHUN 2000

bottom of page