Natxo Insa
- Jun 16, 2017
- 3 min read

Dari Valencia Ke Johor Darul Ta'zim
Natxo Insa atau Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues adalah pemain Professional yang berasal dari Sepanyol. Dilahirkan pada 9 june 1986 di Cocentaina, Alicante, Valencia, Sepanyol. Bermain diposisi pertahanan tengah beliau adalah produk pembangunan remaja Valencia CF. Walaupun memiliki perjalanan karier yang lebih baik berbanding adiknya Kiko Insa namun sepanjang karier beliau banyak dihabiskan bermain di Segunda Devision (Liga Divisyen 2 Sepanyol).
Bersama Valencia CF, Natxo lebih kerap bermain untuk Valencia-B didalam Segunda Division 2B (Divisyen 3 Liga Sepanyol). Debut pertama Natxo bersama pasukan utama Valencia CF adalah pada disember 2006, di UEFA Champions League menentang pasukan AS Roma diperingkat kumpulan. Beliau diturunkan sebagai pemain gantian, bagaimanapun pasukannya tewas 0-1 ditangan AS Roma. Debut pertama La-Liga beliau adalah pada June 2007 juga sebagai pemain gantian ketika menetang Real Sociedad dan perlawanan berkesudahan seri 3-3.
Pada musim 2007/08 dek kerana tiada tempat didalam skuad Valencia dan pada masa yang sama Valencia juga tidak mahu merugikan bakat Natxo, beliau telah dipinjamkan kepada pasukan pasukan SD Eibar yang bermain didalam @Segunda Division sehinggalah kemusim 2008/09. Musim pertama bersama SD Eibar Natxo merekodkan 2 jaringan dan diturunkan sebanyak 33kali dan pada musim berikutnya beliau Cuma membuat 22 bersama SD Eibar dan 1 jaringan sahaja. Musim ini juga SD Eibar bergelut mempertahankan tempat didalam Segunda Division dan akhirnya terjerumus ke Segunda Division 2B.
Kerana kegagalan beliau bersama SD Eibar pada tahun berikutnya dibulan Ogos 2009 Natxo mencuba nasibnya pula bersama pasukan Villareal B. Berjaya membuat penampilan sebanyak 74 kali bersama Villareal B selama 2 musim dengan rekod 2 jaringan gol. Oleh kerana usaha gigih beliau bersama Villareal B beliau telah mendapatkan tempat untuk bersama dengan pasukan utama Villareal FC selama semusim tetapi banyak menghabiskan masa dibangku simpanan dan cuma membuat 1 penampilan sahaja bersama Pasukan Villareal FC.
2 Musim bersama Villareal B semusim bersama Villareal, beliau bertemu jodoh pula bersama pasukan Celta Vigo. Bersama pasukan utama Celta Vigo, beliau dan rakan sepasukan telah berjaya membawa Celta Vigo menduduki tangga kedua Segunda Division dan sekaligus melayakkan Celta Vigo kembali ke Liga utama Sepanyol (La-Liga). Musim pertama bersama Celta, Natxo telah merekodkan 31 penampilan dan 1 jaringan gol.
Musim kedua bermain di Liga Utama (La-Liga) bersama Celta Vigo beliau merekodkan penampilan sebanyak 18 perlawanan dan 2 jaringan gol iaitu jaringan gol ketika menetang gergasi La-Liga iaitu Barcelona dimana perlawanan tersebut berkesudahan dengan ser 2-2. Tidak lupa juga jaringannya kemenangan beliau yang berjaya menyelamatkan pasukan Celta-Vigo dari tersingkir ke Seganda Division dengan kemenangan 1-0 keatas pasukan RCD Espanyol. Karier beliau bersama Celta Vigo berakhir pada tahun 2013.
Musim 2013/14 beliau menyeberangi lautan Mediterranean untuk mencuba nasib bersama Kelab Super Lig Turki. Kelab yang berpengkalan di Antalya iaitu Antalyaspor FC. Hanya semusim di Antalya kontrak Natxo tidak disambung setelah Antalyaspor tersingkir dari Super Lig Turki. Disini Natxo telah merekodkan 20 penampilan dan 1 jaringan gol.
Kerana rindukan makanan Sepanyol Natxo Insa pulang semula ke Sepanyol dan bermain dan Berjaya mendapat tempat didalam pasukan Real Zaragoza, pasukan yang baru terjerumus ke Segunda Division dan hampir-hampir tersingkir pula ke 3rd Divison Sepanyol. Musim 2014/15 Real Zaragoza menamatkan musim tersebut ditangga ke6 liga dengan Natxo merekodkan 17 penampilan dan tidak menjaringkan sebarang gol.
AD Alcorcón menjadi destinasi berikut Natxo Insa selepas semusim bersama Real Zaragoza. Kelab yang mempunyai sejarah berjaya memalukan satu lagi Gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dengan kemengan 4 berbalas 0 pada pusingan pertama kejohanan Copa Del-Rey pada tahun 2009. Kejayaan ini telah terpahat dihati penyokong pasukan Ad Alcorcon sehingga kini dan ada yang telah menggantung keratin akhbar dan diframe kan didinding rumah mereka. Bemain dalam Segunda Division di Alcorcon, Natxo Insa telah membuat 35 kali penampilan dengan merekodkan 2 jaringan untuk musim 2015/16 dan membantu AD Alcorcon menduduki tangga ke7 dipenghujung musim.
Menjadi rutin Natxo Insa agaknya berpindah setiap musim, pasukan berikutnya pula adalah Levante UD untuk musim 2016/17. Levante UD juga adalah pasukan yang tersingkir ke Segunda Division dari La-Liga musim 2015/16 dan kini Levante baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Segunda Division 2016/17 dan sekaligus kembali membuat penampilan ke La-Liga untuk musim berikutnya 2017/18. Di Levante Natxo merekodkan 35 penampilan dan 2 jaringan gol. Ianya adalah rekod yang agak baik sebelum beliau memulakan karier beliau di Johor Darul Takzim(JDT).
Di JDT Natxo Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan mengikut jejak adiknya Kiko yang kini sedang bermain untuk pasukan Pahang FAkerana mempunyai pertalian darah dengan Malaysia. Insya’allah mungkin selepas ini dua beradik ini boleh diserapkan kedalam kem kebangsaan dan sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkatkan daya saing pasukan Negara diperingkat antarabangsa.
#JDT #NatxoInsa #KikoInsa #JohorDarulTakzimFC #LaLiga #LigaSuper#MSL #MalaysiaSuperLeague #PahangFA #JDTFC









Comments